Girl Power! 4 Hari Habis Pantang, Isteri Hafiz Suip Turun Padang Jadi Sukarelawan

Baru empat hari habis berpantang selepas melahirkan anak keduanya, isteri penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jesreel sudah mula aktif melakukan aktiviti kesukarelawan.

Menurut wakil kumpulan sukarelawan, Addina Ahmade, mereka sudah mengagihkan bantuan keperluan harian kepada h0sp1tal Putrajaya, Persatuan Orang Cac4t Miri dan Zoo Melaka.

“Walaupun baru 4 hari habis pantang, Nureffy gigih turun padang dan turut sama membantu kami memberikan sumbangan.

“Sebelum ini, Nureffy hanya menyalurkan dana kepada kami dari rumah tapi selepas habis berpantang dia pun turut sama membantu kami,” kata Addina kepada Gempak.

Menariknya, pasukan sukarelawan yang terdiri daripada 5 ahli itu dibarisi oleh golongan wanita sahaja.

“Kami buat atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab membantu sesama kita yang memerlvk4n.

“Semua ahli pasukan kami perempuan dan tiada kena mengena dengan suami masing-masing,” tambahnya.

Fokus mereka kini untuk membantu menyalurkan keperluan kepada pihak Zoo Melaka.

“Mungkin ada yang terlepas pandang Zoo Melaka, jadi kami mengambil inisiatif untuk membantu membelikan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan daging kepada haiwan yang dijaga di sana.

“Bantuan kita lebih kepada bahan mentah dan insya-Allah kami akan ke sana lagi dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Pihaknya juga merayu orang ramai agar menghulurkan bantuan untuk membantu pihak dan organisasi seperti Zoo Melaka yang memerlvk4n ketika ini.

Nureffy yang mendirikan rumah tangga bersama Hafiz sejak 2016 telah selamat melahirkan anak keduanya pada awal Mac lalu.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak