Amran Tompel Terl4ntar Akibat Str0k Lebih Sebulan

SEREMBAN: “Sekarang ayah sudah tak boleh uruskan diri sendiri selepas mengalami str0k (angin ahm4r) bulan lalu,” kata Shafiq, 26, anak pelakon dan pelawak, Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali Amran Tompel.

Amran Tompel, 70, kini terlantar akibat ser4ngan str0k sejak lebih sebulan lalu di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height Senawang di sini.

Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahm4r dan mengalaminya kali kedua sejak peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Shafiq berkata, kejadian str0k itu berlaku di rumah berkenaan dan ayah terus dibawa untuk mendapatkan rawatan di h0sp1tal Tuanku Jaafar Seremban (HTJ).

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, ayahnya berada di h0sp1tal itu selama seminggu dan kemudian dipindahkan ke h0sp1tal Daerah Jelebu, Kuala Klawang Jelebu.

“Bagaimanapun, saya meminta kelulusan pihak h0sp1tal untuk membawa ayah balik ke rumah bagi memudahkan saya dan adik-beradik lain menjaganya.

“Tambahan pula ketika PKP ini sukar untuk bergerak dan pihak h0sp1tal memberikan kebenaran.

“Namun, saya perlu menjaga beliau dengan baik termasuk memastikan aktiviti fisioterapi dibuat setiap hari sebagai satu daripada kaedah rawatan yang diperlu dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Shafiq berkata, ketika ini ayahnya sukar untuk menguruskan diri kerana hanya terlantar di katil.

Malah katanya, ayah juga tidak boleh makan kecuali minum sahaja.

“Apabila ayah menyuap makanan, beliau akan munt4h semula, mungkin perutnya tidak dapat menerima makanan dan saya hanya memberikan susu,” katanya.

Shafiq berkata, hingga kini banyak pihak membantu ayahnya termasuk bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian dan wang tunai.

Katanya, terdapat juga pihak mendermakan katil khas dan peralatan elektrik.

Antara pihak tampil membantu termasuk Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PBMalNS MAINS), selain masyarakat setempat membabitkan bantuan lampin pakai buang, makanan asas dan wang tunai.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online