Suami isteri sepakat namakan anak ‘Sanitiser’ sebab mudah ingat

NEW DELHI – Selepas Corona dan Lockdown, India kini menerima seorang lagi bayi dengan nama unik iaitu, Sanitiser.

Sepasang suami isteri di sebuah negeri di utara India menamakan bayi mereka sebagai Sanitiser kerana nama itu mudah diingati berikutan menjadi keperluan orang ramai menggunakannya terutama ketika pandemik cov1d-19.

Bapa bayi lelaki berkenaan, Omveer berkata, cecair pembasmi kum4n itu kini banyak dibekalkan secara percuma kepada mereka memerlukan di seluruh negara dalam usaha kerajaan memastikan semua orang kekal selamat daripada jangk1t4n.

“Menggunakan cecair pembasmi kum4n (sanitiser) sangat penting untuk memastikan diri kita selamat daripada cov1d-19.

“Saya dan isteri sangat kagum dengan langkah diambil Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam melawan w4b4k ini.

“Oleh itu, kami sepakat memberi anak kami nama Sanitiser. Apatah lagi, ia digunakan setiap orang ketika ini bagi mengelak penularan kuman di tangan kita,” katanya kepada India Today.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese