“Alhamdulillah” – Semalam Hari Pertama Dilancarkan Dana PKP Siti Nurhaliza Dah Berjaya Kumpul…

Semalam, melalui Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Siti Nurhaliza menubuhkan pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza.

Menurut Siti, sebagai langkah permulaan mereka mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000.

Hari ini, dana yang baharu sehari dilancarkan oleh Datuk Siti Nurhaliza itu mendapat respon yang sangat baik daripada orang ramai.

“Alhamdullillah, semalam hari pertama Dana PKP Siti Nurhaliza dilancarkan. Terkini kita sudah mengumpul sebanyak RM16,763.00.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullillah, semalam hari pertama Dana PKP Siti Nurhaliza di lancarkan , terkini kita sudah mengumpul sebanyak RM 16,763 .00 .. Ayuh semua kita bersama sama membantu seikhlasnya & semampunya bagi meringankan beban sesama kita… Inshaa allah .. ‘Tidak akan papa bagi orang yang bersedekah’ …. ini share link untuk maklumat lanjut .. • https://kitafund.com/7827-dana-p-k-p-siti-nurhaliza • • #kitajagakita #kitamestimenang

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Ayuh semua kita bersama-sama membantu seikhlasnya & semampunya bagi meringankan beban sesama kita. Inshaa allah, ‘Tidak akan papa bagi orang yang bersedekah’,” tulis Siti pada entri di Instagramnya.

Untuk anda yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh layari klik danapkpsitinurhaliza

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak