“Kalau Saya Ada Adik, Dah Lama Kahwinkan Dengan Awak!” – Nora Danish Tulis Ucapan Istimewa Buat Zizan

Pelawak dan pengacara Zizan Razak menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-36 hari ini.

Aktres Nora Danish mengambil peluang menulis ucapan istimewa buat rakan industrinya itu.

Menurut Nora, Zizan sering menceriakan dirinya, dia juga mendoakan kebaikan buat Zizan.

“Inilah kawan saya yang selalu menceriakan hidup saya setiap kali dia buka mulut! Banyak pahala dia ni sebab selalu buat orang gembira, Insya-Allah, Alhamdulillah.

“Happy birthday my friend, semoga apa yang dihajati tercapai tidak lama lagi, semoga Allah murahkan rezeki berlipat ganda lagi, semoga dipanjangkan umur, sihat sentiasa dan paling penting buat masa ini, semoga jumpa jodoh yang paling sesuai dan serasi buat awak,” tulis Nora di Instagram.

Dalam pada itu, Nora juga memuji kebaikan Zizan dan berselor0h mahu menjadikan pelawak itu sebagai adik iparnya.

“Kalau saya ada adik dah lama kahwinkan dengan awak Zizan, awak seorang yang baik, take care Zizan, stay safe,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat Zizan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ni la dia kawan saya yang selalu menceriakan hidup saya setiap kali dia buka mulut! 🤣😍 Banyak pahala dia ni sebab selalu happy kan org. InsyaAllah, Alhamdullilah ♥️ & today is ur BIRTHDAY pulak @zizanrazak869 , happy birthday my friend , semoga apa Yg dihajati tercapai tidak lama lagi, Semoga Allah murahkan lagi rezeki u , Berlipat ganda lagi , semoga di panjang kan umur , sihat sentiasa, dan paling penting buat masa sekarang ni, semoga jumpa jodoh Yg paling sesuai / serasi buat u. Dan biarlah ia kekal hingga Jannah. Haha siap dah wish awal2 🤣 , I Kalau ada adik dah lama kawin kan ngan u Zizan. U are a good person. Take care Zizan, stay safe , & happy tua day my fren, ♥️ya!

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Sekadar info, Zizan mula menjejak kaki di industri hiburan tempatan pada tahun 2007 menerusi program Raja Lawak dan berjaya membina populariti sehingga kini.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak