“Sesungguhnya Pilihan Tek Tepat, Membantu Anak Yatim Besar Pahalanya” – Issey Kongsi Mesej Arw4h Ibu Ketika Birthday Terakhirnya

Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham mended4hkan kepada umum mesej yang pernah dihantar arw4h ibunya ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang terakhir.

Dalam kiriman mesej menerusi WhatsApp yang diterima, ibunya Asiah Haron merestui hubungannya dengan Noor Aimi Jamel yang kini sudah sah bergelar isterinya.

“Terima kasih Tek. Sempena hari jadi ni, Ma nak beritahu, Ma sayang sangat-sangat kat Tek. Harapan agar Tek direstui oleh Allah.

“Sesungguhnya, pilihan Tek tepat, membantu anak-anak yatim besar pahalanya. Allah amat suka sekali,” tulis ibunya seperti yang dikongsikan Issey dalam posting di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

‘Tek’, nama panggilan Arwah Ma dekat aku. Ni ucapan terakhir birthday untuk arwah Ma tahun lepas. Tarikh hari ni. Masa ni Ma dah sakit. Tapi masih gagah untuk reply whatsaap aku. Masa ni Ma dah tahu aku kawan dgn @aimi_jamel . Anak anak yatim yang maksudkan tu ialah anak anak @aimi_jamel , dan alhamdulillah sekarang dah jadi anak aku. Haih. Miss u la Ma

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Mesej yang disimpan Issey itu diterimanya genap setahun lalu pada 15 April 2019 ketika sambutan ulang tahun kelahiran ibunya.

“‘Tek’ nama panggilan arw4h Ma dekat aku. Ni ucapan terkahir birthday untuk arwah Ma tahun lepas. Tarikh hari ini.

“Masa ni Ma dah sakit. Tapi masih gagah untuk balas WhatsApp aku. Masa ni Ma sudah tahu aku kawan dengan @aimi_jamel.

“Anak-anak yatim yang dimaksudkan tu ialah anak-anak @aimi_jamel dan Alhamdulillah, sekarang dah jadi anak aku. Rindulah Ma,” jelasnya.

Ibu Issey men1ngg4l dunia akibat ser4ngan jantung pada 23 Julai 2019.

Selepas pemergian ibunya, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 33, mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal anak tiga Nor Aimi Mohamed Jamel, 33 pada 22 Disember lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak