Zulin Aziz Belanja Makan 10 Keluarga Follower Instagram, Sambil Bantu Peniaga

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak dapat dinafikan banyak perniagaan yang mungkin terjejas pendapatan mereka.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengusahakan kedai makan secara kecil-kecilan berikutan larangan dan peraturan yang perlu dipatuhi.

Bagaimanapun, ramai sebenarnya dalam kalangan selebriti sendiri cuba menghulurkan bantuan kepada pengikut-pengikut mereka dengan menyediakan perkhidmatan review produk perniagaan secara percuma.

Begitupun, lain pula kisahnya dengan pelakon dan pelawak Zulin Aziz yang cuba membantu peniaga kedai makan dengan membuat pembelian untuk diberikan kepada pengikutnya di Instagram.

“Saya pesan makanan untuk 10 keluarga dekat @meknoornasidagang. Kita support mereka berniaga, kita belanja followers saya makan. Sesiapa yang meniaga pun boleh DM saya okay,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Zulin lagi, sebagai permulaan, dia akan mengedarkan makanan tersebut bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang terlebih dulu.

“Saya nak belanja makan 10 keluarga nasi dagang dan nasi kerabu.

“Siapa yang tinggal kawasan Kuala Lumpur dan Selangor boleh komen bawah ni SAYA NAK. Saya minta team saya pilih. Minta maaf, untuk esok 10 keluarga dulu sebab penuh. Kita buat peringkat-peringkat okay?,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Esok ambik order utk negeri kelantan .Kita buat ikut negeri dan kawasan yg mana boleh ya syg2.Mana yg termampu🙏🏼. peniaga yg buat food delivery area tu boleh cmmnt kat bawah,saya akan pilih nanti. . Kita bantu peniaga2 dan bagi makan pada mereka yg memerlukan. Saya mohon masing2 beri laluan pada mereka yg betul2 takde makan tu. . Satlagi saya pilih mana2 peniaga yg boleh bantu saya buat food delivery utk 10 keluarga di kelantan. #kongsirezeki

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Tindakan Zulin itu kemudian menerima respons positif dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata mendoakan agar Zulin terus dimurahkan rezeki.

“Yeay nak! Lama tak makan nasi dagang. Ya Allah murahkan rezeki dan percepatkan jodoh dengan lelaki soleh untuk sis Zulin. Amin.

“Alhamdulillah, moga Allah perluaskan lagi rezeki akak,” tulis sebahagian pengikutnya di ruangan komen.

Apapun, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Zulin Aziz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak