Sempat ucap syahadah, m4ngsa Cov1d-19 ‘pergi’ dengan mudah

Seorang anak kepada mangsa cov1d-19 yang men1ngg4l dunia meluahkan rasa syukur apabila urusan pengebvm1an jen4zah bapanya semalam berjalan lancar.

Menerusi laman Facebook, Elyas Harun turut memberi penghargaan terima kasih buat semua pihak yang banyak membantu sepanjang arw4h bapanya disahkan positif cov1d-19 sehingga ke li4ng l4had.

Menurut Elyas, Allahyarham yang dikenali sebagai Haji Harun ‘pergi’ dalam keadaan baik dan mudah selain sempat mengucap dua kalimah syahadah.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan untuk ayah saya dan memberi kata-kata semangat kepada saya dan keluarga.

“Terima kasih juga kepada para-para Huffaz yang menghadiakan doa dan 30 juzuk setiap malam kepada ayah saya.

“Juga jutaan terima kasih kepada team frontliner dari KKM, p0lis, PDRM, Majlis Agama Islam & Pejabat Kadi dan yang lain-lain dalam membantu kami sekeluarga,” tulisnya.

Tambah Elyas, arw4h bapanya telah lama mengorbankan diri dan harta untuk agama Islam dan telah tiba masanya untuk ‘berehat’ yang abadi di akhirat.

Walau bagaimanapun, beliau tidak berkongsi lebih lanjut mengenai rekod kes positif, punca jangk1t4n dan lokasi Allahy4rham menerima raw4tan. Salam takziah diucapkan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese