Seluruh KL kini berada dalam zon merah Cov1d-19

Seluruh kawasan Kuala Lumpur kini diklasifikasikan sebagai zon merah cov1d-19 selepas daerah terbaru – Cheras – mencatatkan 44 kes positif penyakit itu.

Dalam hantaran di akaun rasmi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tengah hari tadi, data menunjukkan Cheras dimasukkan dalam kategori zon merah.

“Taburan kes mengikut negeri dan daerah sehingga 12 tengah hari 5 April.

“Pertambahan kawasan zon merah terbaru iaitu Cheras menjadikan jumlah kepada 18 daerah.

“Duduk di rumah dan penj4rakan sosial mampu memutuskan rantaian jangk1t4n,” kata KKM.

Sebelum ini Cheras masih berada dalam zon oren dengan 38 kes positif cov1d-19.

Semalam berdasarkan maklumat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) ada satu zon merah dalam kawasan Kuala Lumpur dan dua lagi di Selangor dengan jumlah kes positif sehingga 300.

Melalui kenyataan disebarkan dalam aplikasi Telegeram, CPRC sebelum ini berkata sebanyak 17 daerah sudah dikenal pasti sebagai zon merah.

Selain Cheras, kawasan lain dalam Kuala Lumpur yang diletakkan sebagai zon merah ialah Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese