‘Tuhan tidak menguji kita lebih daripada batasan kemampuan semua’ – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja selesai menyampaikan perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS (Tambahan).

Dalam perutusan itu, Muhyiddin mengumumkan pakej tambahan berjumlah RM10 bilion yang diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS), sekali gus menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.

Apa yang menarik perhatian, pada bait-bait terakhir ucapannya, Muhyiddin menyeru rakyat Malaysia agar terus cekal dan tabah menghadapi dugaan yang dibawa oleh w4b4k cov1d-19.

“Setelah lebih tiga minggu kita berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan ini, pasti saudara dan saudari ada yang terbeban. Selama tiga minggu ini, aktiviti kita terhalang, kehidupan kita amat berbeza dari dahulu.

“Dan saya yakin Tuhan tidak menguji kita lebih batasan kemampuan semua.

“w4b4k ini tidak dapat ditanggung oleh kita semua, yakinlah kita dapat mengatasi masalah w4b4k ini bersama-sama. Ingatlah, selepas hujan datangnya matahari. InshaAllah kita dapat mengatasi w4b4k ini,” katanya.

Beliau juga sempat menbaca potongan ayat al-Quran dari surah al-Baqarah yang membawa maksud “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia menanggung kejahatan yang diusahakannya.”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: cempedakcheese