Zara Zya seb4k kenang pengorb4nan barisan hadapan

PELAKON, Zara Zya seb4k dan tersentuh dengan ketabahan barisan hadapan yang tidak lelah berjuang memerangi w4b4k c0v1d-19 sejak dari awal penul4ran v1rus itu.

Zara Zya yang sempat meluangkan masa turun padang dan mendengar sendiri cerita mereka berkata, selayaknya pengorb4nan mereka harus dihargai.

“Alhamdullilah, saya bersama pasukan Zara Prihatin, Ippo Hafiz, dan Prihatin Tanpa Sempadan (PTS) turun padang ke Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (cREaTe) yang menjadi Stesen Pusat Kuarantin c0v1d-19.

“Kami sempat meluangkan masa berjumpa 118 barisan hadapan yang sedang berjuang memutuskan rantaian w4b4k ini. Sepanjang bersama mereka, hati kecil saya seb4k dan terusik melihat perjuangan mereka yang terus berjuang tanpa henti memerangi w4b4k ini.

“Walaupun mereka sentiasa mengukir senyuman dan disambut dengan hilai tawa sepanjang tiga jam kami berceloteh di pusat kuarantin, namun jauh di sudut hati masing-masing, mereka memendam perasaan rindu untuk bersama keluarga tercinta yang ditinggalkan hampir sebulan,” katanya.

Pelakon Love You Mr. Arrogant itu turut menyeru kepada orang ramai untuk terus tampil menyalurkan bantuan kepada barisan hadapan yang tidak jemu berk0rban demi negara.

“Terima kasih kepada PTS AG Prestige, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang memberi peluang kepada Zara Prihatin untuk turut sama merasai denyut nadi perjuangan petugas dan sukarelawan barisan hadapan c0v1d-19.

“Terima kasih juga kepada agensi lain yang bertungkus-lumus siang dan malam berjuang melawan musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini.

“Saya mengajak kalian semua teruskan sumbangan ke pertubuhan PTS kerana sumbangan anda memberi 1001 makna buat barisan hadapan yang berjuang,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro