Ini Koleksi Lucu Ragam Rakyat Malaysia Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilaksana

Rakyat Malaysia pada ketika ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat

Perintah tersebut telah dimulakan sejak dari 18 Mac lalu dan dijangka berakhir pada 14 April ini.

Susulan daripada penguatkuasaan perintah itu, kesemua rakyat Malaysia dikehendaki untuk membataskan pergerakan dan kekal berada di dalam rumah dalam tempoh tersebut.

Namun pengecualian tetap diberikan kepada mereka yang terpaksa bekerja bagi sektor tertentu dan juga ketua keluarga yang berniat untuk membeli barang keperluan rumah di kedai runcit mahupun pasar raya.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh ini rata-rata rakyat Malaysia yang bekerja kebanyakannya melakukan pekerjaan mereka di rumah atau dalam bahasa mudahnya, work from home seiring dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Tular di media sosial pelbagai ragam rakyat Malaysia yang sungguh mencuit hati sepanjang tempoh ini

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, tempoh yang diberi itu seakan-akan terlalu lama untuk mereka kekal berada di dalam rumah dengan ‘tenang’ dan seperti ‘panas punggung’ untuk lakukan pelbagai perkara dan aktiviti.

Mana tidaknya, pada kebiasaannya, hari mereka banyak dihabiskan di tempat kerja dan bukannya berada di dalam rumah seperti ketika ini.

Bahkan seiring dengan arahan yang telah ditetapkan kerajaan iaitu hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barangan runcit, terdapat juga beberapa aksi lucu yang menunjukkan tingkah laku suami ketika membeli barangan.

Bukan itu sahaja, pada ketika inilah suami mula memainkan peranan menggalas tugas di dapur seperti seorang suri rumah.

Lihat sahaja aksi-aksi di bawah ini, sungguh menghiburkan:

Alahai macam-macam ragam rakyat Malaysia ni ya. Tapi Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah.

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: says seismik