PKP: Makan nasi lauk gula

e-SSM Portal

PASIR GUDANG: Sepasang suami isteri dekat sini hanya makan nasi berlauk gula sejak empat hari lalu.

Rosli A Aliudins, 30 dan isterinya, Nurul Nisa Irmin, 26 antara penduduk flat Taman Cendana, di sini yang terjejas susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Rosli yang berasal dari Lahad Datu, Sabah berkata, sebelum ini dia menawarkan perkhidmatan pendawaian dengan anggaran gaji bulanan RM800 sebulan sementara isterinya tidak bekerja .

Bagaimanapun sejak PKP dikuatkuasakan, dia terpaksa menolak permintaan perkhidmatan pendawaian kerana statusnya sebagai pekerja kontrak dan tiada surat rasmi yang membolehkannya bekerja. Dia yang menetap di flat berkenaan sejak 2010, tidak mempunyai saudara terdekat dan sering merantau.

“Tidak pernah terlintas untuk makan sedap, cukuplah sekadar ada hidangan untuk kami tiga beranak, mujur anak tunggal, Muhamad Danial Rosli, 4, tidak cerewet.

“Lauk seperti sayur yang dimakan bersama nasi itu pada saya sempurna. Namun, sejak empat hari lalu, nasi atau bubur yang dijamah bersama gula sahaja kemampuan kami.

“Itu pun saya catu supaya mencukupi untuk hari mendatang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di rumah flat Taman Cendana, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Cendana, Shamsul Bahrin Ibrahim, 47, berkata atas dasar keprihatinan, pihaknya mengambil inisiatif bersama komuniti setempat untuk membantu penduduk yang amat memerlvk4n sokongan.

Katanya, selain dapat bantuan daripada pihak korporat mahupun ahli politik, pihaknya turut mengagihkan bantuan secara persendirian menerusi rumah ke rumah.

“Sejak bermulanya PKP pada 18 Mac lalu sehingga semalam, 1,193 keluarga sudah dibantu menerusi pengagihan barang kering seperti beras dan susu anak.

“Saya yang juga penduduk di sini sejak 12 tahun lalu, memahami rata-rata penduduk ada kerja ada gaji, selain mereka tiada persediaan langsung, fasa PKP itu akan berlanjutan sehingga April yang nyata menekan sebahagian mereka.

“Kami ada ‘Group Whatsapp’. Dari situ, kami jejak siapa yang perlvk4n bantuan. Contohnya, ada keluarga dari tingkat satu yang putus bekalan beras, jadi jiran di tingkat satu akan sama-sama sumbang satu ‘pot’ beras dan beri kepadanya

“Begitu juga lauk, kami akan agih-agikan, sama-sama merasa,” katanya yang memaklumkan flat terbabit mempunyai 49 blok dengan sejumlah 2,873 keluarga.

Terdahulu, tersentuh dengan kesusahan keluarga Rosli dan penduduk lain di flat berkenaan, pengurusan sebuah pasaraya berhampiran tampil menyumbangkan bantuan barangan keperluan harian kepada 3,000 keluarga yang menetap di situ.

Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam, berkata makluman mengenai kesusahan keluarga terbabit mencetuskan ideanya untuk berhubung secara langsung dengan lima pembekal sayur-sayuran termasuk hasil laut dari daerah Pontian, Sedenak, Kulai dan Johor Bahru untuk disumbangkan kepada orang memerlvk4n.

“Pertama kali berlaku isu seperti c0v1d-19 sehinggakan menjejaskan penduduk khususnya yang hidup susah.

“Pembekal ada memaklumkan terdapat lebihan banyak sayur-sayuran, daripada buang kerana tidak terjual di pasaran, lebih baik disumbangkan.

“Hasil kerjasama itu, kami berjaya mengumpulkan tiga tan sayuran seperti petola, timun, kubis, lada merah, kacang panjang, kentang, bawang dan sejumlah 220 kilogram ikan kembung serta selayang untuk diagihkan.

“Semoga usaha ini tidak terhenti kerana pihak kami amat menggalakkan pembekal yang ingin membuat kebajikan kerana penduduk memerlvk4n barangan harian seumpama itu,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online

 

Be the first to comment on "PKP: Makan nasi lauk gula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*