COVID-19: Rindu anak dan suami, tetapi tugas lebih utama

e-SSM Portal

KUALA LUMPUR: Ketika orang lain berkurung bersama keluarga di rumah, Nor Hayati Abd Rashid terpaksa bergelumang dengan tugas dan tanggungjawab sebagai kakitangan di barisan hadapan.

Sehingga hari ini, Ketua Penyelia Jururawat h0sp1tal Teluk Intan di Perak itu sudah dua minggu tidak pulang ke rumahnya di Ipoh, Perak.

Bukannya tidak dibenar bercuti, sebaliknya dia sukarela menawarkan diri kerana tidak sampai hati men1ngg4lkan tugas memikirkan keadaan yang mendesak ketika penul4ran c0v1d-19 ini.

Pastinya wajah suami dan dua anaknya, selain kemesraan antara mereka paling dirindui Nor Hayati selaku insan bergelar isteri dan juga ibu.

“Setiap hari saya akan menghubungi suami dan dua anak saya itu untuk mengubat kerinduan. Hanya itu yang mampu saya lakukan,” katanya ketika dihubungi BH.

Ditanya mengenai tugasnya, Noor Hayati yang juga Presiden Kesatuan jururawat Malaya berkata, dia bertanggungjawab menguruskan jadual tugas jururawat di bawah kendaliannya, khususnya yang menjaga pes4kit c0v1d-19.

“Alhamdulillah, kami disediakan tempat tidur di h0sp1tal ini bagi kakitangan yang bertugas…ahli keluarga pun sangat memahami dan menjangkakan keadaan seperti ini kerana sedar isteri dan ibu mereka adalah tenaga perubatan.

“Kami dijaga baik Kementerian Kesihatan (KKM) di h0sp1tal dan harus sentiasa bersedia di sini untuk bertugas khususnya dari aspek mental,” katanya.

Ditanya mengenai perasaannya ketika bertugas, Nor Hayati mengakui amat berbangga menjadi sebahagian lipatan sejarah dengan menyumbang kepada negara dalam situasi mencabar ketika ini.

Namun, katanya orang ramai harus juga memainkan peranan membantu kakitangan perubatan dengan terus kekal tinggal di rumah serta patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.

“Istimewanya pasukan perubatan ini adalah kami mampu bertahan kerana kami saling bantu-membantu dan menyokong satu sama lain, serta kami sentiasa bersedia mendepani sebarang kemungkinan.

“Namun orang ramai juga harus membantu kami…kalau kasihankan kami duduklah di rumah. Kalau boleh kami pun mahu duduk di rumah, namun disebabkan tugas kami tunaikan tanggungjawab ini, ” katanya.

Beliau berkata, w4b4k c0v1d-19 bukanlah pengalaman pertamanya dalam pengurusan v1rus berj4ngk1t, itu sebaliknya pernah berdepan situasi sama ketika negara ‘berurusan’ dengan Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan v1rus Korona Asia Barat (MERS-CoV).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :

 

Be the first to comment on "COVID-19: Rindu anak dan suami, tetapi tugas lebih utama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*