Robot Soal Siasat Orang Awam Berkeliaran Ketika ‘Lockdown’

Kebanyakan negara di dunia sudah memulakan arahan lockdown untuk mengekang penul4ran c0v1d-19. Biarpun begitu masih ada yang ingk4r dengan arahan ini dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Golongan yang tidak patuhi perintah ini tanpa sebab yang logik sangat merisikokan diri dan keluarga dengan v1rus ini.

Walaubagaimanapun setiap negara ada sediakan sistem dan SOP sendiri untuk melaksanakan perintah berkurung ini. Baru-baru ini di Tunisia, p0lis menggunakan perkhidmatan robot untuk soal siasat orang awam yang berkeliaran.

Robot ini dikawal oleh p0lis menggunakan alat kawalan jauh. Robot soal siasat orang awam ini akan menegur mereka yang masih ada di jalanan biarpun dalam tempoh genting kini. Menurut sumber, rakyat di Tunisia hanya dibenarkan keluar rumah atas sebab perubatan atau membeli barangan keperluan.

Jika ditahan oleh robot ini mereka perlu menunjukkan pengenalan diri dan sebarang surat pelepasan pada kamera robot tersebut.

Pengeluar robot tersebut, Enova Robotics berkata penghasilan robot ini adalah perkara sulit. Malah mereka juga tidak mahu mendedahkan kos dan harga jualan robot itu. Robot yang diberi nama PGuard itu dilengkapi dengan empat tayar dan teknologi kamera pengimejan haba serta cahaya. Selain itu ia juga boleh mengeluarkan suara bertanyakan pelbagai soalan.

Dengan penggunaan PGuard ini, kerahan tenaga pihak berkuasa dapat dikurangkan. Malah ia juga dapat mengurangkan risiko pihak berkuasa di negara itu dari dij4ngk1ti v1rus c0v1d-19 ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BBC via HCL