“Demam berlanjutan sehingga suhu badan mencecah 40 darjah selsius” – Uqasha Senrose buat ujian saringan

KUALA LUMPUR: dem4m berlanjutan sehingga suhu badan mencecah 40 darjah selsius mendorong Uqasha Senrose menjalani ujian saringan c0v1d-19 di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Uqasha nekad menjalani ujian saringan itu berikutan bimbang kemungkinan memiliki simptom dij4ngk1ti vlrus berkenaan.

“Saya buat ujian saringan itu semalam bukanlah kerana saya ada hubungan dengan individu dij4ngk1ti. Saya lakukannya kerana bimbang dengan kesihatan insan sekeliling.

“Saya tinggal bersama keluarga. Di rumah ada emak, abah dan anak saudara. Saya tak mahu hanya kerana sifat pentingkan diri, kesihatan mereka terancam.

“Walaupun saya sudah berjumpa doktor dan mengesahkan saya dem4m biasa, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, saya jalani ujian saringan c0v1d-19.

“Saya buat pemeriksaan di sebuah h0sp1tal di Kota Damansara dengan menggunakan kaedah pandu lalu,” katanya kepada BH Online.

Mengaku berdebar menantikan keputusan, pelakon filem h4ntu Kak Limah ini bagaimanapun lega dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya.

“Tak dinafikan memang saya risau. Siapa yang tak takutkan?  Keputusan ujian hanya diketahui selepas tiga atau empat hari.

“Moga tiada apa yang serius. Saya harap peminat jangan risau dan doakan yang baik-baik sahaja untuk kesihatan saya,” pinta pelakon berusia 27 tahun ini.

Video memaparkan Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen menjalani pemeriksaan itu turut dimuat naik di laman Instagram.

Melalui ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan kesejahteraan Uqasha serta berdoa dia terhindar daripada v1rus berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

qasha demam these past few days and doctor cakap demam biasa but i decided to get myself checked for covid 19 harini. need to make sure that my fam and i are completely safe. doakan results baik baik saja amin 😊

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Bh online