“Penatlah Kalau Kami Ni Saja Dok Kalut Nak Jaga Tapi Hangpa…” – Video Doktor Viral Kerana…

Posting seorang doktor, Dr Khadijah Ismail menjadi viral kerana beliau terpaksa membuat kuarantin diri sendiri akibat status pes4kitnya yang tidak diketahui.

16 Mac 2020

Anak lelaki saya menangis kerana ingin datang dekat dengan saya, tapi saya hanya mampu melihat dia menangis kerana saya dinasihatkan untuk kuarantinkan diri sendiri sehingga status kesihatan pes4kit saya diketahui.

Wallahi this is so heartbreaking.

Tolonglah rakyat Malaysia, jangan pentingkan diri sendiri. Beritahu status anda / j4ngk1tan peny4kit / sejarah ke luar negara pada kaunter pengurusan dengan sejujurnya.

Hentikan melancong, hentikan berkumpul ramai-ramai, dengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Updated: Sekarang kerajaan telah mengistiharkan Perintah Pergerakan Terhad, jadi tolong, tolong tolong berada di rumah!

Jangan ke mana-mana. Tolong bantu kami melawan pandemik ini. Kami tak minta anda untuk sertai kami menjadi frontliners, kami cuma minta anda duduk di rumah.

 

18 Mac 2020

I’m truly overwhelmed with the amount of kind wishes and thoughtful prayers by Malaysians following my recent FB post.

Tapi sejujurnya apa yang aku lalui ni tak boleh nak dibandingkan dengan apa yang dilalui oleh rakan-rakan sekerja di negeri-negeri lain alami terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ada staff yang memang kena kuarantin sepenuhnya selama dua minggu, ada yang kena go through sampling procedure. Yang kena pakai PPE (pakaian macam angkasawan tu) for 12 hours shift tu lagi la tak boleh nak cerita azabnya macam mana. Nak pi toilet tak sempat, nak makan lagi la tak sempat.

Balik rumah pun takut takut nak bercampur dengan ahli keluarga, risau nak peluk civm anak sebab dok pikir takut v1rus tu masih ada, takut bawak balik kuman dekat ahli keluarga yang fragile terutamanya bayi dan orang-orang tua.

Tapi adakah rakyat Malaysia yang lain cakna dengan hal ini? Rakyat Malaysia dok keluaq pi tempat sesak-sesak, ramai-ramai macam tu jugak.

PM dah pesan suruh avoid mass gathering, crowded places tapi rakyat jelata masih gembira pi lepak kedai mamak. Minum teh tarik sambil lepas asap rokok kepoi kepoi tanpa rasa bersalah.

Flight ticket murah, pakat serbu beli. Ada travel fair, pakat tarik beg pi jalan. Ada lawan bola, himpun luaq stadium pun sanggup.

Penat la kalau kami yang kat frontliners ni saja dok kalut nak jaga hangpa tapi hangpa buat bodo tak kisah kuman tu nak singgah hinggap sapa pun. Orang suruh duduk rumah saja pun ketegaq sangat nak patuh.

Mufti dah bawak keluaq arahan suruh sembahyang di rumah, dia pi dok buat kalut kecoh macam mufti haramkan solat. Entah la taktau nak cakap macam mana lagi.

Cuma nak bagi u all sedaq, semua yang dok berjuang untuk cegah penul4ran w4b4k ni dari ketua pengarah sampai la cleaner kat klinik / h0sp1tal, kami ni semua ada famili jugak.

Kami ada anak kecik yang manja nak cuddle, kami ada pasangan tercinta, ada mak bapak warga emas yang dah fragile.

Kami bukan mintak hangpa mai bekerja dengan kami di frontline to fight this pandemic, kami cuma mintak hangpa dok di rumah diam-diam, habaq betoi-betoi kalau hangpa ada risk factor (travelling history / pi tabligh Sri Petaling / contact with positive c0v1d). Tu pun susah ka?

Yours truly,

Seorang doktor yang juga seorang mak, seorang anak dan seorang isteri.

 

18 Mac 2020

Salah satu cara untuk lepaskan rindu pada anak dan suami dalam tempoh self quarantine iaitu tengok depa main dua dalam video cctv rumah.

Hangpa mau ka jadi macamni kat hangpa? Kalau tak mau, duduk rumah diam-diam. Jangan pi mana!

Kredit Gambar/Video: Facebook Khadijah Ismail

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Dr Khadijah Ismail dan mendapat lebih 11,000 perkongsian, lebih 1,800 komen serta lebih 11,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak