COVID-19 : Diana Danielle pesan jangan balik kampung

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Diana Danielle menasihatkan orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasakan sehingga 31 Mac depan.

Bintang filem Hanyut itu mengingatkan masyarakat tidak menggunakan tempoh dua minggu ditetapkan untuk pulang ke kampung halaman atau membawa keluarga bercuti.

Berkongsi pesanan di Instagram, ibu dua cahaya mata berusia 29 tahun itu berkata, pengumuman kerajaan berhubung perintah berkenaan tidak sepatutnya dipandang remeh.

“Jangan balik kampung, ini (Perintah Kawalan Pergerakan) bukan percutian. Golongan warga emas mempunyai tahap imunisasi paling lemah dan senang dij4ngk1ti v1rus ini.

“Statistik juga menunjukkan mereka yang menghadapi masalah kesihatan, memang orang tua biasalah sakit-sakit, v1rus ini paling agresif dan merbah4ya,” katanya.

Diana yang meraih trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-29 menambah, biarpun kanak-kanak sukar dij4ngk1ti, mereka boleh menjadi pembawa.

“Walaupun tiada simptom, mereka boleh disahkan positif dan memindahkan v1rus kepada orang di sekeliling. Jadi, pastikan anak anda selamat dalam rumah,” kata isteri kepada Datuk Farid Kamil itu.

Diana berkata, mereka yang memiliki simptom c0v1d-19 perlu menjarakkan diri daripada ibu bapa.

“Ini bukan masanya untuk balik kampung. Setiap orang perlu melindungi orang tua mereka. Dengan itu, anda perlu menjarakkan diri daripada mereka buat sementara waktu,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :BH Online