“Tak Digalakkan Letak ‘AL’ Sebelum…” – Ini Penjelasan PU Azman Kalau Nak Beri Nama Anak

Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan bahawa tiada timbul permasalahan sekiranya seseorang itu ingin menggunakan permulaan nama di awalnya dengan “AL” ketika ingin memberikan nama kepada anak.

Begitupun, katanya, penggunaan AL tersebut tidak digalakkan sekiranya nama yang ingin diberikan itu terdiri daripada pemilihan nama-nama Allah.

“Tak ada masalah nak letak ‘AL’ pada nama anak. Contohnya, Al-Helmi.

“Cuma, tak digalakkan letak AL sebelum nama-nama Allah kerana huruf alif lam di situ menjadi alif lam “al -ahdu” (perbahasan dalam bahasa Arab) yang merujuk kepada nama-nama Allah,” jelasnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram ketika menjawab soalan salah seorang pengikutnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Takda masalah nak letak “AL” pada nama anak. Contohnya Al Helmi. . Cuma, tak digalakkan letak AL sebelum nama-nama Allah kerana huruf alif lam di situ menjadi alif lam “al -ahdu” (perbahasan dalam bahasa Arab) yang merujuk kepada nama-nama Allah maka sebaiknya letak perkataan ‘Abdu (hamba) sebelum nama-nama Allah. . Tapi kalau selepas perkataan “AL” tu bukan nama-nama Allah dan maksudnya baik, maka tidak salah untuk letak perkataan “AL”. . ALagapas. @anabell_nj

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Sebaliknya, kata PU Azman, orang ramai boleh menggunakan perkataan alternatif, ‘Abdu yang bermaksud hamba di hadapan nama anak yang menggunakan nama-nama Allah.

“Tapi kalau selepas perkataan ‘AL’ tu bukan nama-nama Allah dan maksudnya baik, maka tidak salah untuk letak perkataan ‘AL’,” jelasnya.

Dalam entri tersebut PU Azman yang berkongsi paparan pertanyaan yang diutarakan pengikutnya mengenai pemilihan nama di ruangan komen.

Terdahulu, pendakwah yang terkenal dengan pemberian jawapan secara berselor0hnya itu turut memberikan contoh nama anak ‘Alamak’ ketika menjawab soalan daripada pengikutnya.

Perdakwah tersebut sering menjadi platform media sosial sebagai medan perkongsian ilmu terhadap segala persoalan dalam kalangan pengikutnya yang sudah mencecah lebih 1.6 juta pengikut di Instagram.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan program yang pernah menampilkan PU Azman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak