“Saya Tak Akan T1dur Dalam Bil1k Itu Lagi… “- BCL Travm4 Untuk T1dur Selepas Pem3rg1an Ashraf Sinclair

Pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) akui mengalami kesukar4n dan traum4 untuk tidur di bilik tidurnya selepas pemergian suami tersayang, Ashraf Sinclair, lapor Awani

Ibu kepada Noah Aidan itu mended4hkan perkara itu kepada sahabat karibnya, Aming.

Menurut Aming, BCL turut menyatakan ketakutan untuk tidur seorang diri di dalam bilik dia dan Ashraf.

“Ming, saya takut untuk tidur di dalam bilik..saya tak akan tidur di dalam bilik itu lagi,” kata BCL kepada Aming berkali-kali.

BCL turut memberitahu kejadian yang berlaku kepada suaminya di dalam bilik mereka sebelum Ashraf disahkan men1ngg4l dunia beberapa jam selepas itu.

“BCL hanya men1ngg4lkan Ashraf dalam waktu yang singkat untuk membersihkan dirinya. Sebaik kembali ke bilik, Ashraf sudah tidak bergerak dan mulutnya berbuih,” kata Aming.

BCL atau lebih dikenali dengan jolokan Unge dalam kalangan rakan-rakan terus membawa Ashraf ke  Metropolitan Medical Centre (MMC), namun Ashraf gagal diselamatkan.

“Sebelum kejadian, mereka berdua sempat bergurau dan berbual-bual. Kini BCL hanya berehat dan tidur di sebuah bilik lain di rumahnya,” jelas Aming.

Terdahulu, berita pemergian Ashraf mengejutkan industri hiburan di Malaysia dan Indonesia.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.

allahy4rh4m juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Astro Awani