“Saya Tak Nak Duit, Apa Saya Nak Kejujuran” – Bekas Teman Wanita Naim Daniel Tuntut Hak Cipta Bersama

Bekas kekasih penyanyi Naim Daniel, Dayana Amerda menuntut hak cipta bersama lagu Sump4h yang dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu ke-34 baru-baru ini.

Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah, 21, berkata, tuntutan yang dibuatnya hanyalah atas dasar hak semata-semata tanpa melibatkan isu wang ringgit.

“Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran daripadanya.

“Tapi kalau contoh dia daftarkan nama saya, secara tak langsung memang saya dapatlah royalti itu. Royalti tu nombor dua,” katanya.

Dayana berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dayana turut diwakili pegu4m Datuk Ahmad Zaharil Muhaiar.

Hadir sama, ibu Dayana, Che r0haida Che Daud dan pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd. Majid.

Katanya lagi, dia memberikan tempoh selama seminggu kepada Naim untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa lagu itu merupakan karya ciptaan bersamanya.

“Tempoh yang saya bagi selama seminggu untuk dia tampil membuat pengakuan.

“Tak kisahlah dalam bentuk video atau sidang media ke..cuma pihak kami berlapang d4da jika dia mahu berjumpa bagi berbincang hal ini secara terperinci,” katanya.

Dalam pada itu, Dayana turut memaklumkan bahawa dia mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa lagu itu diciptanya.

Terdahulu, Naim meminta mana-mana individu yang mahu menuntut hak cipta bersama lagu Sump4h untuk mengemukakan bukti-bukti kukuh.

Naim mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi satu entri berbentuk video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Dia kata isu ini dah selesai… apa yang selesai?” – Bekas kekasih beri tempoh seminggu untuk Daniel daftar semula lagu Sumpah

Isu pertikaian hak cipta lagu Sump4h tercetvs sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka.

Lagu Sump4h dikatakan dicipta bersama pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Sumber: gempak

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : KECOH HABIS