“Mungkin Ada Yang Tak Faham” – Sufian Suhaimi Jawab Isu Bantal Zikir

Sudah menjadi tren selebriti kini menceburi bidang perniagaan. 

 Terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi  turut menjual produk bantal berbunyi alunan zikir.

Produk ‘Zikir Pillow’ berlabel Baby Pian dikatakan unik kerana bantal sokongan itu turut dilengkapi bacaan doa dan surah lazim.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

TODAY IS THE DAYYYY!! . . Agak2 korang, nak kami post official video launching BABYPIAN pukul berapa? ✨✨ . . A) 12PM B) 1PM

A post shared by Zikir Pillow by BabyPian (@babypian.hq) on

Walau bagaimanapun, Sufian Suhaimi mendapat teguran daripada segelintir warga maya mengenai penjualan produk bantal zikir itu.

Seorang pengguna Twitter ,The Visitor Q beranggapan menjual produk sebegitu seperti menunggang agama kerana menggunakan al-Quran sebagai pelaris jualan.

Tweet ini mengundang perdebatan di kalangan warga maya.

 

Jangan cepat menghukum!

 

Seeloknya kita sendiri yang membaca zikir, bukan bantal

Sufian kemudian tampil buka mulut apabila digelar penunggang agama oleh warga maya.

Mufti Wilayah Persekutuan pernah menyatakan sebelum ini bahawa perbuatan menjual produk-produk ruqyah atau jampi meskipun menggunakan ayat suci al-Quran dan doa-doa yang baik maksudnya, boleh membuka kepada pintu f1tn4h. 

Hal ini telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Kali Ke-108 mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersi@l.Mufti turut menasihatkan orang ramai agar menjadi orang yang berniaga mengikut apa yang diajar Rasulullah dan Syariat Islam dengan menjarakkan diri daripada unsur gharar supaya Allah memberkati perniagaan kita.

Sebaiknya Suffian mendapatkan khidmat nasihat daripada orang yang lebih arif sebelum mengeluarkan produk sebegini.-CARI

Sumber – Mufti Wilayah Persekutuan, Twitter Suffian Suhaimi

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Cari