“Assalamualaikum February” Kongsi Video Baby Girl Di Instagram Dapat Perhatian Ramai

Pelakon Amyra Rosli selamat melahirkan anak keduanya pagi tadi.

Perkara itu diumumkan suaminya, pelakon Amar Baharin menerusi entri di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Amar meluahkan rasa gembira dan syukur  menerima ahli baru dalam keluarganya.

“Alhamdulillah, isteri saya Nur Amira Izzati selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi.

“Bayi sihat dan isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Amar yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah di ruangan komen.

Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum 😍 . . 01 February 2020

A post shared by @ amyramarjr2020 on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Instagram @amyramarjr2020 Via ROSE MERAH