Bayi pertama dij4ngkiti koronav1rus, Datuk Bandar dedah sesuatu yang ramai tak sangka

KIRA-KIRA 5 juta penduduk telah meningg4lkan Wuhan sempena Festival Musim Bunga, sebelum arahan sekatan keluar-masuk akibat wab4k koronav1rus dikeluarkan, dedah Datuk Bandar Zhou Xianwang pada Ahad.

Pendedahan ini dibuat ketika para pegawai kesihatan memberi amaran bahawa kemampuan v1rus ini untuk mereb4k semakin kuat.

Terdapat kira-kira 9 juta orang masih berada di bandaraya itu selepas sekatan dilakukan, kata Xianwang dalam satu sidang akhbar.

Daripada 2,700 orang di bandar itu yang kini berada di bawah pemerhatian, kira-kira 1,000 daripadanya mungkin akan menjadi kes yang disahkan.

Setakat Ahad, Wuhan mencatatkan 533 kes yang disahkan.

Kerajaan pusat mengenakan arahan sekatan ke atas Wuhan dan beberapa bandaraya pada Khamis dengan harapan ia dapat menghentikan v1rus baharu itu daripada merebak ke bahagian lain di negara itu.

Bagaimanapun, ramai yang telah meningg4lkan bandar Wuhan untuk bercuti, sementara yang lain bergegas keluar sebaik sahaja arahan tersebut diumumkan pada malam Rabu.

Sementara itu, Perdana Menteri China Li Keqiang berkata negara itu akan mengetuai kumpulan peringkat tinggi dalam usaha melawan wab4k koronav1irus yang telah membnuh seramai 80 orang dan menj4ngkiti lebih daripada 2,500 yang lain.

Pasukan pegawai kesihatan pula berkata keupayaan v1rus itu untuk terus merebak semakin kuat.

Beijing melaporkan lima lagi kes yang disahkan, termasuk bayi berusia sembilan bulan sekali gus menjadi kes pertama yang disahkan melibatkan bayi.

Pada Sabtu, seorang budak perempuan berusia dua tahun di Guangxi disahkan dij4ngkiti virus ini.

Menteri yang bertanggungjawab bagi Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, Ma Xiaowei, memberitahu satu sidang akhbar bahawa memer4ngi wab4k itu adalah rumit, terutamanya kerana virus baharu itu didapati boleh mereb4k walaupun semasa tempoh inkubasi, berbeza dengan Sars.

“Dari pemerhatian, v1rus itu mampu disebarkan walaupun semasa tempoh inkub4si,” kata Ma, sambil menambah bahawa tempoh inkubasi berlaku dari satu hingga 14 hari.

“Sesetengah pes4kit mempunyai suhu normal dan terdapat banyak kes yang lebih ringan. Ada juga pembawa tersembunyi,” katanya. – SCMP

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : Mstar

 

Be the first to comment on "Bayi pertama dij4ngkiti koronav1rus, Datuk Bandar dedah sesuatu yang ramai tak sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*