Akibat Wab4k Koronav1rus! Ini Penampilan Terkini Jururawat di Wuhan

SEORANG jururawat Hospital Renmin dari Universiti Wuhan, Shan Xia, 30, mencukur rambut panjangnya bagi memudahkan tugas ketika di hospital apatah lagi ketika ini wab4k koronav1rus sedang menular.

Ibu kepada dua anak itu berkata, tindakan tersebut juga adalah bagi mengelakkan j4ngk1tan silang selain dapat menjimatkan masa apabila mahu memakai dan menanggalkan pakaian perlindungan.

Sementara itu, dalam sidang media pada Isnin, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata ia telah menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 959 pekerja perubatan dari tujuh wilayah dan bandar untuk menuju ke Wuhan, pusat epidemik koronav1rus.

Pasukan itu adalah dari Henan, Jilin, Liaoning, Shanxi dan Shaanxi, dan majlis-majlis perbandaran Tianjin dan Chongqing.

Dilaporkan, lebih banyak pasukan perubatan sedang bersedia untuk ke Wuhan, menurut suruhanjaya itu.

Suruhanjaya itu juga berkata, tujuh kumpulan dihantar ke Beijing, Hebei, Shanghai, Henan, Hunan, Guangdong dan Sichuan untuk menyelia operasi sistem pentadbiran, dalam usaha membendung penyebaran koronav1rus.

Kumpulan itu akan menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pemantauan epidemik, rawatan perubatan, pencegahan dan kawalan epidemik oleh komuniti dan institusi perubatan, kata suruhanjaya itu. – THE STAR

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : Mstar