Beri Tempat Duduk Pada Wanita & Jadikan Tangan Lapik Ibunya Lena, Sikap Budak Ini Dipuji Netizen

Tugas mendidik anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Bermula daripada didikan ibu bapalah yang akan mencorakkan keperibadian seorang anak apabila dewasa kelak.

Ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak menjadi manusia berguna merupakan satu kejayaan yang sangat manis dalam hidup mereka. Kebiasaannya, anak-anak yang mempunyai keperibadian yang baik adalah hasil daripada didikan yang terbaik diberikan oleh ibu bapa mereka sejak dari kecil lagi.

Sekeping gambar mampu menceritakan segala-galanya. Menerusi satu posting di laman twitter mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang segera bangun dari tempat duduknya dan membenarkan seorang wanita yang baru sahaja menaiki kereta api tersebut sedang membawa bayi dan stroller.

Selain itu, dia juga dilihat sedang menggalas beg tangan milik ibunya serta barang lain ketika sedang berdiri itu.

Malah bukan itu sahaja, kanak-kanak lelaki itu juga sanggup meletakkan tangannya diantara kepala dan tiang dalam kereta api tersebut untuk dijadikan bantal buat ibunya.

“Anak ini sangat menghormati golongan wanita dan bertanggungjawab  kerana ibu bapanya berjaya mendidik anak ini menjadi manusia yang berguna”

Tindakan kanak-kanak ini wajar dipuji kerana dia begitu menghormati wanita tersebut dengan memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut walaupun masih kecil.

Selain itu di juga seorang yang sangat bertanggungjawab kerana menjaga barang-barang yang dibawa ketika ibunya sedang tidur.

Tambahan pula, dia sanggup jadikan tangannya sebagai bantal kepada ibunya ketika sedang tidur didalam kereta api berkenaan.

Didikan yang diberikan oleh ibu bapanya telah berjaya menjadikan kanak-kanak tersebut seorang yang menghormati orang lain terutama bagi golongan yang lebih memerlukan.

Sumber: StanceGrounded

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Siakap Keli