(Video) ”Kalau Dia Ada, Tiap-Tiap Hari Saya Nak Minta Maaf Dengan Dia..” – Datuk Jalaluddin Hassan

Sebut sahaja Datuk Jalaluddin Hassan, siapa yang tidak mengenali pelakon veteran yang terkenal ini.

Pernah melalui kehil4ngan isteri tersayang, Datin Hashimah Mad Ehsan pada tahun 2016 sebelum berkahwin semula setahun kemudian, ada kisah p1lu yang dipendamkan selama ini oleh beliau mengenai 4rwah isterinya itu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Zayan, luahan Jalaluddin ketika ditanya apa yang ingin disampaikan kepada arwah sekiranya dia masih ada, ternyata mengundang rasa hiba ramai netizen.

”Tiap-tiap hari saya nak minta maaf dengan dia. Saya ni garang kat rumah.. saya garang sebab saya nak yang terbaik. Saya nak isteri saya jadi yang terbaik..” kata beliau.

Malah, sepanjang perkahwinan mereka selama 40 tahun, dia tidak pernah bergaduh dengan arwah isterinya kerana orang ketiga.

”Percaya tak saya tak pernah bergaduh dengan dia kerana perempuan lain kerana dengan siapa saya berkawan saya tak pernah rahsiakan pada dia.. dia tahu semua..” kata beliau.

Sempat memberikan pesanan kepada semua lelaki yang bergelar suami di luar sana, tonton video penuh yang menyentuh hati ini seperti di bawah. Sebak.

Sumber : Zayan

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Siakap Keli