Netizen Kagum Lihat Remaja Cina Pimpin Warga Emas Melayu Masuk Masjid

Hidup di Malaysia yang dipenuhi dengan rakyat berbilang kaum, bangsa dan berlainan agama sememangnya seronok. Lebih-lebih lagi apabila kita saling menghormati dan bantu membantu tanpa berkira atau mengharapkan balasan.

Seperti tindakan seorang lelaki Cina baru-baru ini yang mendapat pujian ramai netizen di seluruh negara. Beberapa gambar tular di Facebook menunjukkan teladan yang baik dari seorang remaja berbangsa Cina ketika membantu warga emas beragama Islam.

Menurut entri itu, remaja tersebut dilihat memimpin seorang warga emas yang sudah uzur ke Masjid Al Falah ketika solat Jumaat minggu lalu. Boleh dilihat melalui gambar-gambar tersebut bahawa keadaan cuaca pada tengah hari itu sedang hujan.

Sumber: Facebook

Lebih menyentuh hati netizen, remaja itu yang tidak mempunyai payung telah menggunakan tapak tangannya untuk menutup kepala warga emas tersebut kerana risau jika terkena hujan. Mulia sungguh hatinya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ramai netizen nyata kagum dengan sikap murni ditunjukkan lelaki itu dan berkata ianya patut dicontohi ramai tidak kira umur, agama dan bangsa. Betul tu!

Malah, ada yang turut mendoakan agar remaja itu mendapat hidayah dari Allah suatu hari nanti. Seorang pengguna Facebook berkata, “Semoga Allah buka pintu hati untuk terima hidayah buatnya.”

Sumber: Facebook

Netizen yang lain rata-rata berpendapat bahawa setiap pertolongan yang kita hulurkan tidak semestinya hanya terhad kepada orang yang sama kaum sahaja.

Ini bukan tentang kaum, semuanya adalah attitude masing-masing.”

Ini jenis manusia yang sedar diri, tahu hidup bermasyarakat.”

Ibu bapa remaja itu telah membesarkannya dengan betul, pasti mereka berbangga.”

Seorang wanita turut berkata bahawa perkara sebegini haruslah dipupuk sejak kecil supaya mereka tahu apa itu sikap bertimbang rasa. Ada juga yang berpendapat bahawa antara cara untuk memupuk sikap itu dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah dengan menghidupkan semula aktiviti gotong-royong di taman perumahan mahupun kampung.

Betul tu! Hidup berbilang bangsa dan berbeza agama ini seharusnya menjadikan kita seorang manusia yang bertimbang rasa, hormat menghormati serta saling membantu. Jangan berkira okay kalau nak hulurkan bantuan 🙂

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:LobakMerah