“Nak kahwin tapi kami ada m4salah duit” baru kenal 3 bulan, kini dah selamat jadi suami isteri gara-gara..

Setiap insan yang bercinta, pasti memasang impian untuk mengakhiri hubungan tersebut sebagai pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, faktor kewangan sering menjadi kekangan kepada pasangan untuk melangsungkan majlis perkahwinan dengan segera.

Begitu juga yang dirasai buat pasangan pengantin baru, Nurul Fitri Danial Norol Helmi dan Fatin Nuralia Mohamad Nizam yang selamat disatukan dalam program Zayan Akad.

“Kami baru kenal tiga bulan. Lepas dua bulan berkawan, mak dia masuk merisik. Kami memang nak kahwin, tapi ada masalah duit.

“Cuma, apabila dapat tahu mengenai Zayan Akad, saya mencuba nasib, tak sangka rezeki terpilih,” kata Fatin Nuralia.

Katanya lagi. dia berasa bersyukur apabila majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan tahun nanti sudah berjaya disegerakan pada hari ini.

Pasangan mempelai tersebut merupakan antara tiga pasangan pengantin bertuah yang menerima tajaan majlis pernikahan menerusi program Zayan Akad.

Dua pasangan lain ialah Muhammad Zahir Aman Abu Bakar & Nur Asiah Anuar dan Mohamad Syafiq Mohamat Salleh & Nur Athirah Shafie.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sekarang ini pasangan #ZayanAkad sudah berada di Masjid Wilayah untuk majlis akad nikah. ##indahdihati Sekarang ini pasangan #ZayanAkad sudah berada di Masjiw Wilayah untuk majlis akad nikah. #IndahDihati Zayan akad ditaja oleh : Sponsor make up 👑💍 @bynanamohd___ @makeupbydiellanurnia Sponsor baju 👰🏻🤵🏻 @iam_inderaloka Sponsor doorgift 🧁🍰 @chouettedoorgift @pesonapengantin

A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on

Ketiga-tiga mereka selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara beramai-ramai di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pagi tadi.

Majlis pernikahan disempurnakan sendiri Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Haji Mohd. Ajib Ismail; Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Haji Munir Md. Salleh dan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Haji Ehsan Mohd. Hosni@ Mohd. Khusni.

Kesemua pasangan itu dipilih menerusi penyertaan mereka dalam program Zayan Akad dengan berkongsi kisah menarik di sebalik majlis perkahwinan yang ingin mereka raikan.

Menerusi program itu, ketiga-tiga pasangan tersebut menerima tajaan sepenuhnya termasuklah, urusan akad nikah, busana perkahwinan, pelamin, solekan dan katering.

Zayan Akad merupakan program julung kali diadakan stesen radio Zayan dengan kerjasama JAWI dalam merealisasikan impian pendengarnya untuk berumah tangga.

 

Sumber : Gempak via Vanilla Kini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.