Ada kalanya kita mendengar bahawa perempuan perlu control cun sepanjang masa ketika berada dihadapan kekasih mereka namun tidak semua lelaki yang suka dengan perempuan begitu kerana bersikap natural lebih selesa agar tidak membosankan.
Bagi selebriti jelita, Janna Nick yang kini sedang hangat bercinta dapat dilihat menerusi perkongsian video yang meluangkan masa bersama kekasihnya, Dini Schatzmann bahawa dia bukanlah jenis yang control cun.
Malah, ujar Janna Nick melalui perkongsiannya ini dia merupakan awek yang kuat makan dan tidak peduli sesiapa di sebelah kerana menganggap makan lagi penting.
Video Janna Nick sweet dengan kekasih jadi perhatian
Kelihatan, Dini Schatzmann melayan dengan baik kekasihnya itu dan ketika makan juga dia sempat menyanyi buat Janna Nick.
Pun begitu, peminat dan pengikut juga merasakan cemburu melihat pasangan ini selain merasakan mereka sangat sweet.
Dalam pada itu, video Janna Nick sweet dengan kekasih itu juga meraih hampir 600,000 tontonan dan pelbagai maklum balas daripada peminat dan pengikut yang ada diantaranya sempat menyakat pasangan selebriti terkenal ini.
Reaksi ramai
Sumber: HCL
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon