Tun Siti Hasmah Melawat Syed Saddiq Di Hosp1tal Dan Ini Yang Syed Saddiq Akan Lakukan Selepas Keluar Hosp1tal

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini sedang berehat selepas menjalani pemb3dahan apendisitis pada Sabtu berkongsi gambar di laman Instagram beliau menerima kunjungan isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Sekalipun tidak menyatakan di mana kunjungan itu diadakan, namun berdasarkan gambar yang dirakamkan, Dr Siti Hasmah menziarahi Ahli Parlimen Muar berusia 27 tahun itu di wad hospital.

Mengiringi gambar berkenaan, Syed Saddiq turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buatnya.

Syed Saddiq dalam masa sama memohon maaf kerana tidak membalas mesej yang dikirim rakan-rakan seperjuangan.

Siti Hasmah ziarah Syed Saddiq

Siti Hasmah Mohd Ali menziarahi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di wad hospital. – Gambar Instagram Syed Saddiq

Beliau bersyukur kerana pembed4han yang berlangsung beberapa hari lalu berjalan lancar. Kata Syed Saddiq, pada masa ini beliau sedang menjalani proses pemulihan di rumah dan akan kembali bertugas selain mengadakan mesyuarat post-mortem kejohanan Sukan SEA.

KENYATAAN PENUH SYED SADDIQ

Saya mohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej dari rakan rakan seperjuangan. Alhamdulillah, pembedahan appendicitis berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada semua yang menyampaikan doa dan kata kata semangat. I am recovering at home now. Will immediately get back to work & have called for a meeting on our SEA games post-mortem today with the stakeholders.

Special thanks to the EXCEPTIONAL DOCTORS, NURSES & STAFF at Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tidak lupa juga buat pihak Malawakil, MSN serta ISN di Manila yang membantu memudahkan urusan pulang dari Manila. Jasa kalian tidak akan saya lupakan.

I have to say, the staff at Pusat Perubatan Universiti Malaya makes me proud to call myself, MALAYSIAN!

Sumber: ASTRO AWANI