Nora Dedahkan Hasil Bedah Siasat Doktor Yang Dilakukan Kepada Arwah

Penyanyi terkenal, Nora berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pakar perubatan pada jenaz4h anaknya, Allahy4rham Muhammad Syakir Alif Johan tidak menemui sebarang petunjuk yang pelik.

Menurutnya, analisis doktor juga tidak menunjukkan arw4h mengalami sebarang masalah serius.

Bahkan, kata Nora, saluran darah Allahy4rham Alif juga dalam keadaan baik ketika kejadian.

Bagaimanapun, beliau berkata, doktor akan terus membuat siasatan mendalam berdasarkan analisis yang diperoleh daripada jen4zah Alif.

“Jika diikutkan, saya tidak mahu membenarkan bedah siasat dibuat ke atas Alif. Sama juga ketika suami, Allahy4rham Johan Nawawi meninggal dunia, dua tahun lalu.

“Namun, selepas membuat pertimbangan termasuk arw4h masih muda dan men1nggal dunia di rumah, saya mengikut prosedur polis dan saranan keluarga.

“Saya juga tidak tahu apa yang terjadi ketika itu. Takut juga kalau arwah ambil ubat atau apa-apa yang memudaratkan.

“Alhamdulillah, hasil siasatan, tiada apa yang pelik timbul (sebagai punca kem4tian). Saya berpuas hati dengan apa yang dilaporkan pihak hospital,” katanya ditemui di Masjid Kampung Tunku, di sini hari ini.

Menurut Nora, saluran darah Allahy4rham Alif dalam keadaan baik ketika kejadian dan tiada sebarang penemuan pelik hasil b3dah siasat pada jenaz4h.

Alif anak kedua daripada empat beradik merupakan yang paling rapat dengan Nora menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya.

Allahy4rham rebah dan tidak sedarkan diri sebaik tiba di rumah selepas menghantar Nora ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Menceritakan lanjut hasil bedah siasat, Nora berkata, doktor turut memaklumkan jantung arw4h Alif agak lemah.

“Saluran darah arwah okey… jantungnya dikatakan agak lemah dan gagal berfungsi sepenuhnya. Juga ada kemungkinan seperti membengkak.

“Namun, akhirnya saya reda dan percaya sudah sampai ajal Alif,” kata Nora dalam nada sangat sebak.

Sebaik selesai proses bedah siasat di Puat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), jenazah Allahy4rham Alif dibawa ke Masjid Kampung Tunku untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam bukit Kiara untuk dike3bumikan berdekatan dengan pusara arwah ayahnya.

Pada 24 Mac 2017, Nora kehilangan suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang juga komposer ternama tanah air akibat ser4ngan jantung.

Sumber: Astro Awani