Sasha Elite Dedahkan Dimana Dia Akan Langsungkan Pernikahan Kali Ketiga Dia Nanti. Memang Tidak Akan Sama Macam Dulu

PENYANYI dan pelakon Sasha Saidin memberitahu dia hanya akan berkongsi wajah bakal suami yang dikenali sebagai Mr W pada hari pernikahan mereka. Menurut Sasha, 40, tindakannya itu bertujuan untuk menghormati kehidupan peribadi kekasihnya yang tidak biasa dengan dunia hiburan.

“Buat masa kini memang saya tak akan dedah wajah dia. Sebab saya perlu hormat privasi dia memandangkan dia pun tak biasa lagi dunia hiburan. “Insya-Allah saya akan kongsi pada hari pernikahan kami nanti. Apa-apa pun, kita hanya mampu merancang.

BAKAL SUAMI PUN TERKEJUT

“Sebenarnya bila berita saya nak kahwin pun buat dia culture shock. Yelah, dia berada dalam dunia kewangan dan tak tahu tentang dunia artis,” katanya kepada mStar. Sasha ditemui ketika menghadiri konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) minggu ketujuh di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.

Selepas hampir lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha mengumumkan bakal menamatkan zaman janda pada awal tahun hadapan. Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite ini pada awalnya merancang untuk bernikah di Pejabat Agama Islam sahaja.

TERIMA TAJAAN PERKAHWINAN

Bagaimanapun, dia menerima tajaan lokasi untuk mengadakan majlis pernikahan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur. 

“Kalau nak ikutkan perancangan awal, saya memang nak buat majlis yang betul-betul sederhana sahaja. “Sekadar nak buat di Pejabat Agama Islam sebab yang paling penting nikah dan ada keluarga serta kenalan rapat.

“Sebabkan ini bukan perkahwinan pertama saya dan bakal suami. Tapi Alhamdulillah, rezeki ada orang taja lokasi sebuah rumah di Kuala Lumpur. “Tapi macam mana pun, majlis itu tetap akan diadakan secara bersederhana saja yang dihadiri keluarga, kenalan rapat dan media,” ujarnya.

Sasha mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun.

Dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di London tetapi bercerai empat tahun selepas itu. Kemudian, Sasha berkahwin dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono yang berasal dari Indonesia pada 2007 namun berpisah talak satu pada 10 Julai 2012.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Sasha Elite Dedahkan Dimana Dia Akan Langsungkan Pernikahan Kali Ketiga Dia Nanti. Memang Tidak Akan Sama Macam Dulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*