Perodua Myvii Masuk Dalam Jalan Di Kuala Lumpur. Ini Keadaan Wanita Yang Menjadi Pemandu Tersebut

Memang kejadian ini tidak disangka. Sebelum ini mesti kita akan kata apabila memandu kereta kena hati hati. Samada kita terlanggar atau orang lain yang langgar. 

Berbeza dengan situasi ini, tiada siapa pun yang langgar dan kejadian ini berlaku di ibukota dimana antara kawasan yang paling banyak kereta dalam Malaysia. 

Perodua Myvii Terjunam

Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita terperosok ke dalam lubang yang terjadi akibat tanah mendap di Jalan Maharajalela menghala ke Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, berkata dalam kejadian kira-kira 11.35 malam itu mangsa sedang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi apabila tanah di lokasi berkenaan mendap menyebabkan keretanya terperosok ke dalam lubang berpunca mendapan itu

“Siasatan awal mendapati lubang akibat mendapan tanah di lokasi berkenaan seluas tiga meter persegi.

Keadaan Pemandu Wanita Tersebut

M4ngsa yang berusia 42 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kec3deraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata operasi membaik pulih laluan tersebut telah dilakukan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi tadi dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN166/59).

Sumber: Malaysia Kini

Harap kejadian ini tidak akan berlaku lagi. Bayangkan jika bukan kereta tetapi penunggang motorsikal yang termasuk dalam lubang.