“Bukan Juliing Air Tapi Juling Tervk” – Tunku Azizah Kongsi Mas4lah Mata ‘Turun’ Kepada Tengku Afzan, Pakai Spek Sejak 3 Tahun

SETIAP perkara yang dikongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Twitter pastinya mencuri tumpuan.

Selain update mengenai acara-acara yang dihadiri, baginda juga banyak berkongsi cerita yang selama ini tidak diketahui umum menerusi akaun @cheminahsayang.

Terbaharu, Tunku Azizah membuka cerita mengenai diri baginda serta salah seorang puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah yang mengalami mas4lah jajaran mata (strabismus) atau dalam bahasa mudahnya disebut juliing.

“Juliing ialah topik hari ini. Sejak usia tiga hingga 12 tahun, saya pakai cermin mata untuk membetulkan juliing.

Foto imbas semula (throwback) yang dimuatnaik menerusi Twitter Tunku Azizah.

“Selepas itu mata saya OK dan tidak perlukan cermin mata dah. Begitu juga dengan Afzan, dari umur tiga hingga 13 tahun pakai teropong.

“Alhamdulillah emak dan anak tak juliing dah. Pergi doktor mata untuk betulkan mata anak,” titah Tunku Azizah pada Jumaat.

Posting itu sehingga kini menerima lebih 1,300 ulang kicau (Retweet).

Sambung Tunku Azizah lagi, keadaan mata juling boleh sembuh namun mereka yang mengalaminya perlu dibawa mendapatkan rawatan doktor sebelum masuk usia enam tahun.

Tunku Azizah dan anakanda baginda Puteri Afzan (kanan).

“Afzan pakai 600++ multi focal, tiap hari tutup satu mata selama dua jam. Alhamdulillah mata dah OK. Saya pun begitu juga,” tulis baginda lagi menerusi ruang balas posting berkenaan.

Dalam satu tweet terdahulu, Tunku Azizah turut mengakui masalah juliing yang dialami puterinya itu diwarisi daripada dirinya.

“Saya pun juliing juga, menurun kepada Afzan. Bukan juliing air tapi juliing tervk, pakai cermin mata dari umur tiga hingga 12 tahun nak straight kan mata. Juliing itu menawan.

“Kiranya emak dan anak sama. Juliing dan juliing. It’s OK Afzan, kamu akan jadi permaisuri suatu hari nanti,” tulis baginda lagi.

Gelagat Puteri Afzan yang memberi pose menjeling yang tular baru-baru ini.

Sebelum ini, Puteri Afzan pernah tular kerana fotonya yang dirakam memberikan pose sambil menjeling.

Gambar itu dirakam sewaktu Puteri Afzan dan adindanya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah menghadiri majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

Tweet Puteri Jihan yang menjawab soalan netizen.

Dalam pada itu, Puteri Jihan menerusi satu entri di Twitter turut menjawab soalan netizen berhubung isu itu.

“Ampun Tengku, Tengku Jihan patik nak tanya, Tengku Afzan dah tak pakai spek ke sekarang?

“Tak. Dulu pakai sebab juling. Sekarang tak juling dah tapi jeling,” tulis Puteri Jihan dalam nada berseloroh.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar