“Banyak Kenangan… Mungkin Ini Yang Terbaik” – Fizo, Mawar Karim Sepakat Tutup Restoran Fizomawar Kitchen

PELAKON Fizo Omar mengesahkan restoran Fizomawar Kitchen (FMK) yang diusahakan bersama bekas isteri, Mawar Karim akan menamatkan operasi pada hujung bulan ini.

Menurut Fizo, 34, keputusan itu dicapai setelah mereka mengadakan perbincangan dan penutupan restoran itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berpisaah.

“Sebenarnya berat untuk saya nak umumkan keputusan ini… setelah berfikir dan berbincang bersama Mawar, kami bersetuju untuk tamaatkan operasi Fizomawar Kitchen (FMK) cawangan di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan.

“Banyak kenangan dan usaha dilakukan termasuk wang ringgit tapi ini mungkin jalan terbaik dan saya percaya Allah ada perancangan terbaik untuk kami.

Fizo berkongsi rezeki dengan lebih 100 orang pekerja di FMK.

“Setelah empat tahun, lebih 300,000 pelanggan yang datang ke restoran kami dan FMK berkongsi rezeki dengan lebih 100 orang pekerja. Saya nak beritahu FMK akan menamaatkan operasi pada 27 Oktober ini,” katanya.

Pelakon drama Adellea Sofea ini berkongsi rasa sediih tersebut menerusi laman Youtube miliknya pada Jumaat.

Terdahulu, Fizo dan Mawar Abdul Karim bercer4i pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

FMK cawangan Kota Bharu, Kelantan turut ditamatkan operasi.

Mereka berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Fizo memberitahu selepas ini dia akan menumpukan perhatian kepada pengurusan acara dan media sosial. Manakala Mawar pula akan meneruskan perniagaan tudung Fareeda yang diusahakan sejak sebelum perkenalan mereka.

“Selepas ini saya akan fokus dengan event management, sosial media dan Mawar pula dengan perniagaan tudung. Doakan kami dimurahkan rezeki.

“Insya-Allah saya bercadang untuk buat majlis dengan peminat dan pelanggan kita sebelum FMK tamaatkan operasi, mungkin nanti akan ada promosi, tunggu update daripada saya nanti,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar