” Dia Anugerah,”- Achey Gembira Isteri & Anak Angkat Sebagai Penyeri Hidup

e-SSM Portal

Pelawak Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah meluahkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usianya sehingga hari ini.

Perkara itu dikongsikan kumpulan Bocey itu kerana hari ini merupakan ulang tahun kelahirannya.

Lebih gembira, kehadiran Nur Tiara Zinnirah yang merupakan anak angkat Achey dan isteri tercinta, Nor Hasanah sebagai penyeri hidup.

“Alhamdulillah syukur YA Allah aku di beri nafas lagi di bumi mu ini, 17.8.2019.

“Gambar di atas @tiara_zinnirahofficial masih menjadi hadiah paling istimewa padaku.

“Di samping isteri Yang sentiasa memahami @anne_achey.

“Dia bukan hadiah tapi dia adalah anugerah. Masih lagi di beri peluang oleh mu Allah untuk aku berbakti pada ahli keluarga ku.

“Aku pohon diberikan kesihatan yang panjang agar tanggungjawapku dapat ku teruskan untuk orang2 sekelilingku, aminnn,” tulis Achey.

Sementara itu, menjengah di Instagram Hasanah atau mesra disapa Anne, dia turut menitip ucapan buat suami tercinta.

“Setiap hari, aku bersyukur atas pemberian Tuhan yang terindah, iaitu dirimu @acheykintangkintung .

“Saya sayang awak, suami! Happy birthday sayang..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yg melimpah-ruah, aminnn ya Allah.

“Aku bersyukur diberikan cahayamata yg terindah jugak buatku @tiara_zinnirahofficial mama syg adik dan ayah.

“Awak dah semakin tua by @acheykintangkintung. We love u sayang…tq jadi ayah n suami yg terbaik buat kami, 17/8/2019,” tulis Anne pula.

Achey dan Anne berkahwin dengan pada tahun 2011.

Pasangan ini membuat keputusan untuk mengambil anak angkat pada Mei 2018, yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah.

Foto: Instagram Achey/Anne

Sumber : MH via newskini

Be the first to comment on "” Dia Anugerah,”- Achey Gembira Isteri & Anak Angkat Sebagai Penyeri Hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*