[VIDEO] “Eiii Malu2 Pulak Dia…” – Yusuf Iskandar ‘First Moment’ Jumpa Adik, Alisa Aisyah, Comel Sangat!

Pelakon, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan seorang puteri semalam pada jam 5.59 petang. Cahaya mata kedua bersama Hairul azreen itu telah diberi nama Alisa Aisyah. Raut wajahnya yang seiras Yusuf Iskandar telah membuatkan ramai peminat teruja. 

Alisa Aisyah, 2019…

Yusuf Iskandar, 2016…

Terbaru, satu video telah dimuat naik di laman instagram Yusuf sendiri dimana menunjukkan reaksi Yusuf ketika pertama kali bertemu adiknya, Alisa. 

VIDEO:

Video tersebut telah membuatkan ramai peminat teruja dan terharu dengan reaksi Yusuf apabila melihat adiknya. Komen netizen;

Youre gonna be such a great brother…

Why am i being emotional….

Omooo yusuf jumpa adik….

Artikel berkaitan; 

“Ehh Kenapa Yusuf Kecik Balik Ni….” – Alhamdulillah Hanis Zalikha Selamat Bersalin, Comel Je Nama Baby..

Pelakon Hanis Zalikha telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan ibu kota pada pukul 5.59 petang Jumaat.

Perkara itu diumumkan Hairul menerusi akaun Instagramnya lewat petang tadi.

“Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira.

“Di bulan Ramadan ini isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59 petang.

“Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat,” tulis Hairul yang turut berkongsi wajah puterinya.

Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti dan peminat.

Muka macam yusuf je,…

Alhamdulillah, tahniah…

Wahh sebijik muka abang lah…

Sementara itu, sebuah akaun Instagram rasmi @thealisaaisyah turut dicipta khas buat anak kedua mereka.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG @theyusufiskandar