“Amboii Baby Tak Balik Lagi Dah Mengomel…” – Bujibu Chempel Merungut Akan Letih lepas Dapat ‘Adik’ Baru Semalam

Pada hari semalam, Hanis Zalikha isteri kepada Hairul Azreen telah selamat melahirkan cahaya mata yang kedua. Lahir pada pukul 5.59 petang, bayi perempuan mereka telah diberi nama Alisa Aisyah binti Hairul Azreen. 

Thank you sayang…

Iras wajah Alisa turut dikatakan seiras seperti abangnya, Yusuf Iskandar ketika kecil. Selain dari itu, seperti yang diketahui umum mereka juga mempunyai seekor kucing peliharaan bernama Bujibu Chempel sebagai ‘Abang sulung’ keluarga itu. Populariti Bujibu melalui laman instagramnya sendiri turut meraih perhatian peminat yang terhibur dengan gelagatnya yang bersahaja itu.

Terbaru, satu posting telah dimuat naik di akaun instagram Jibuu bersama kapsyen yang mencuit hati netizen dan peminatnya. Sedia maklum dengan status dirinya sebagai ‘abang long’, Jibuu telah mengeluh pula dengan kehadiran seorang lagi ‘adik’ baru. 

Seorang nak jaga pun letih, tambah pulak lagi seorang

Posting tersebut telah membuat peminatnya terhibur dan memberi pelbagai komen di ruangan gambar tersebut;

jibu kan abg2, kena la jaga adik…

Sabar ye Jibuu…

Hahahaha kurus laa bruhh lepas ni….

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG @bujibuchempel