“Alhamdulillah, Selamat Sampai…” – Mat Dan Bawa Anak & Isteri Tunai Umrah Setelah 6 Tahun Memeluk Islam

Alhamdulillah, Muhammad Kareef Daniel Abdullah  atau lebih dikenali sebagai Mat Dan telah selamat sampai ke bumi mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama isteri, Nadifa Adnan dan juga anaknya Muhammad Zayne Danial.

Perkara tersebut dikongsi di laman instagram Mat Dan sendiri beberapa jam yang lepas. 

Mat Dan memohon orang ramai mendoakan supaya ibadah umrahnya berjalan dengan lancar dan juga mabrur disamping meminta maaf diatas segala salah silap yang dilakukannya. 

Jom Rayhar… Alhamdulillah saya dan keluarga selamat sampai ke Tanah Haram, Masjid Nabawi, Medina. Du’a segala urusan ibadah kami sempurna dan mendapat Umrah yang mabrur, Amin.
Mintak maaf atas segala kesilapan kami sekeluarga.
Salam Jumaat.. 

Komen netizen;

Selamat menunaikan umrah…

Alahai comelnya Zayne…

Semoga ibadah dipermudhkan…

Mat Dan dan juga isteri telah mendirikan rumahtangga pada 12 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Zayne Danial. Mat Dan memeluk islam pada tahun 2013. 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG @mat_dan1