Tak Boleh Buka Gerai Berniaga, Ini Pesanan Yoe Parey Kepada Semua Bila Tempat Dia Dilanda Banjir

HUJAN berterusan menyebabkan bilangan mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat kepada 347 orang, setakat 12 tengah malam tadi, berbanding 198 orang petang semalam.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga pusat pemindahan sementara (PPS) mula dibuka di Pasir Mas pada 11 malam tadi, menjadikan 10 PPS semuanya di negeri ini.

Tanah Merah kekal dengan mangsa banjir tertinggi apabila menempatkan 173 orang daripada 45 keluarga di enam PPS iaitu SK Kelewek (39 mangsa), SK Bukit Panau (dua mangsa), SK Alor Pasir (35 mangsa), Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang (33 mangsa), Masjid Mukim Kuala Kepok (47 mangsa), dan SK Kulim (17 mangsa).

Bagi Pasir Mas, seramai 137 mangsa banjir membabitkan SK Bukit Jarum (55 mangsa), PPS Putat Tujoh (20 mangsa), dan SMK (A) Lati (62 mangsa).

Mangsa banjir di Machang kekal seramai 37 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di SK Pak Roman.

Sementara itu, berdasarkan web publicinfobanjir.water.gov.my, bacaan air Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat apabila kini merekodkan bacaan 9.41 meter (m) berbanding 9.16m petang semalam, melepasi paras bahaya sembilan meter.

Keadaan sama turut berlaku di Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai yang meningkat sedikit daripada 31.84m kepada 31.94m, pada paras amaran.

Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah yang berada di paras normal kini kembali mencecah paras berjaga-jaga dengan bacaan 21.77m manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Kusial kekal berada paras berjaga-jaga iaitu masing-masing 21.43m dan 13.33m.

PESANAN YOE PAREY KETIKA MUSIM BANJIR

“Mana mana bawak kenderaan kena la hati hati deh” salah satu pesanan Yoe Parey kepada semua yang terlibat dengan banjir. Jom tengok video penuh.

View this post on Instagram

A post shared by ๐“œ๐“พ๐“ฑ๐“ญ๐“ช๐“ผ๐“ฑ๐“ป๐“พ๐“ต๐“ฑ๐“ช๐“ด๐“ฒ๐“ถ (@yoe_parey) on

Semoga semua penduduk di Kelantan dipermudahkan urusan dan hati hati ketika waktu banjir ini.

Sumber : HMETRO / YOE PAREY ( IG )

Be the first to comment on "Tak Boleh Buka Gerai Berniaga, Ini Pesanan Yoe Parey Kepada Semua Bila Tempat Dia Dilanda Banjir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*