Instafamous, Syafiqah Aina Selamat Bersalin Anak Sulung

Tahniah diucapkan buat bintang media sosial dan usahawan, Syafiqah Aina yang telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 24 Jun lalu.

Sambil merakamkan rasa syukur atas kelahiran anak pertamanya itu, dia turut berterima kasih kepad suami, Hafiz Mahamad yang setia menanti hinggalah cahaya mata mereka selamat dilahirkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Raya pertama terus lompat Raya Kelima 💚 No Raya kedua ketiga keempat untuk kita 😬

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

“Alhamdulillah syukur sangat sangat ya Allah atas rezeki ini.

“Thankyou Daddy, teman and relakan diri kena cengkam kena macam macam sambil Mommy belanja drama dalam Labour Room tadi,” tulisnya menerusi entri berkenaan.

Serentak dengan itu, pasangan tersebut turut dihujani dengan ribuan ucapan tahniah dari para pengikut.

Untuk rekod, Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017.

Sejak berbadan dua, pasangan ini seringkali berkongsi perihal perkembagan kandungan sehinggalah saat melahirkan. 

Foto: Instagram Syafiqah Aina

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH