Selepas Tiga Hari Akhirnya Suami Faziani Buka Mulut, Ini Yang Berlaku Pada Hari Kejadian

Walaupun sudah masuk hari ketiga, namun pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahy4rham Faziani Rohban Ahmad, 39, yang mavt dalam kema langan di Pattani, Thailand masih lagi jadi perbualan.

Pergi di bulan yang mulia, dengan niat untuk menyampaikan sumbangan zakat, ia membuatkan pemergiannya dicemburui.

Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkongsi situasi mencemaskan itu selepas majlis pengebvmian Allahyarham isterinya Sabtu lalu walaupun masih lagi bersedih.

Menurut Ahmad Shah, dia dan isteri sememangnya berada dalam keadaan penat sewaktu bergerak meninggalkan kediaman di Tumpat untuk ke Pattani.

Bagaimanapun, disebabkan janji yang telah dibuat Allahyarham Faziani, dia bersetuju untuk menemani isterinya dan mengambil keputusan memandu sendiri kerana pemandu mereka ada hal keluarga.

“ Sebelum kejadian, saya tertidur di lampu isyarat, dia (Faziani) tidur di sebelah saya. Saya beritahu Allahyarham saya nak berhenti di stesen minyak depan itu untuk tidur atau basuh muka sekejap sebelum meneruskan perjalanan.

“ Lepas itu, saya tidak sedar dan dalam masa dua saat sahaja dia kejut saya, kema langan berlaku,” katanya.

Ahmad Shah berkata, menjadi rutin kepada mereka berdua untuk ke tahfiz tersebut cuma kali ini beliau memandu sendiri demi memenuhi permintaan isteri yang tidak mahu melanggar janji yang telah dibuat dengan pihak tersebut.

Ketika ditanya mengenai ‘petanda’ awal yang ditunjukkan arw4h, Ahmad Shah berkata, arw4h tidak menunjukkan tanda-tanda awal meninggalkan mereka dan bersikap seperti biasa sahaja.

“ Cuma saya masih ingat, semasa menunaikan umrah baru-baru ini, arw4h ada tanya saya, ‘cuba you (awak) bayangkan selepas ini datang umrah seorang diri.’ Itu sahaja yang saya rasa pelik,” katanya.

Lebih 300 penduduk termasuk sanak-saudara Allahyarham hadir pada majlis pengebvmian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar dekat Wakaf Baharu itu.

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 39, seorang yang tidak kedekut dan suka memberikan hadiah kepada ramai orang.

Perkara itu didedahkan seorang kenalan, Norazwatul Akmal Kasmuri, 35, yang mengenali Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Kak Ani sejak 10 tahun lalu ketika menguruskan pengiklanan online syarikat kosmetik tersebut sehingga tular.

Menurutnya, sepanjang perkenalannya Allahy4rham adalah seorang yang suka bersedekah dan tidak lokek berkongsi idea dalam setiap urusannya untuk menghasilkan promosi terbaik produknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

” Ketika kita mulai menghitung rasa SYUKUR kita, seluruh hidup AKAN berubah.”…..Abaya : @v_hijrah . . #umrahramadhan2019 #hebatdnars

A post shared by Faziani Rohban (@faziani_rohban) on

“ Saya kenal dia dengan sikapnya yang suka belanja orang, suka beri hadiah dan bersedekah.

“ Sehingga hari ini saya masih ingat memori dua tahun lalu dia hadiahkan saya beg sempena hari jadi saya. Kami sambut bersama sebab tarikh lahir kami sama iaitu 10 November,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Seorang kenalan lain, Noor Adila Ismail, 33, turut menganggap arw4h seorang yang tidak sombong dan suka bersedekah.

“ Pernah satu ketika dia bayarkan saya makan dengan keluarga. Sedangkan masa itu kami hanya berselisih sahaja tetapi setelah ke kaunter dia sudah bayarkan,”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: sinarharian via tv lejen