Spiderman Tolak Kerusi Roda. Rupanya Ada Kisah Menyayat Hati Di Sebalik Topeng Karakter Popular Spiderman Tersebut

Baru baru ini viral foto seorang lelaki yang memakai kostum ‘Spiderman’ menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown. Aksi ‘Spiderman’ tersebut menarik perhatian ramai orang terutama kanak-kanak.

Namun siapa sangka disebalik kostum ‘Spiderman’ itu, lelaki berusia 50 tahun itu sebenarnya suami kepada wanita OKU yang sedang mencari rezeki.

Cuba cari rezeki cara lain

Lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Shakirin Mohd Zain juga merupakan seorang pelukis jalanan. Menurutnya, dia sudah lebih setahun menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan meraih pendapatan dan mencari dana bagi merawat isterinya.

Isteri saya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.

Selepas itu, kami berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara ini.

Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya adalah tukang masak di restoran terkenal di ibu kota. Pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota.

Belum ada rezeki timang cahaya mata

Menurut Shakirin, ideanya tercetus apabila lihat ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira. Dia membuat keputusan membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180.

Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu.

Selain sebagai terapi diri, kami berasa gembira apabila dapat berdamping dengan kanak-kanak dan berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan saya serta isteri.

Hasil dari itu, ramai yang mahu bergambar dan tidak kurang menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penghibur jalanan itu. Pekerjaan itu dilakukan bukanlah untuk meminta-minta, tetapi ikut keikhlasan kepada si pemberi.

Sewa bilik tumpangan harian

Dalam pada itu, mereka juga pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu.

Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan.

Kini, dia bersama isterinya tinggal di bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh. Dia bersyukur kerana pemilik bilik tumpangan disewa mereka memahami keadaan suami isteri berkenaan.

Sumber :Harian Metro

Kredit: OH BULAN