“Semoga Allah Satukan Kembali Jodoh Mereka…” – Harapan Aliff Syukri Buat Fizo & Mawar

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akui masih terkejut dengan berita perpisahan pelakon Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri yang memaparkan video perbualannya bersama Fizo di akaun Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Aliff meluahkan rasa sedih dan bertanyakan Fizo mengenai punca kekuatannya menghadapi perkara itu.

“Fizo, sebenarnya apabila saya dengar berita awak, saya rasa luluh, saya ni kahwin juga, saya ada anak, apa punca kekuatan awak?” tanya Aliff.

Dalam reaksi tenang, Fizo menjawab pertanyaan itu.

“Saya percaya tak berlakunya sesuatu perkara tanpa izin Allah, saya dah ihtiar macam-macam dan dah fikir yang terbaik, kalau orang kata kasihan dekat anak saya, saya lagi lah rasa perasaan tu seribu kali ganda dari orang yang melihat,” jawabnya.

Sementara itu, Aliff menulis kapsyen berbunyi :

“Saya masih tak boleh terima berita ini…dia seorang sahabat yang baik dan abang yang baik kepada family..Harap ada keajaiban akan berlaku semoga ada penyatuan semula jodoh yang baik untuk pasangan ini, amin..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan turut berharap agar Fizo dan Mawar bersatu kembali.

Terdahulu, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Namun rumah tangga mereka menemui titik noktah apabila Fizo melafazkan tal4k satu terhadap Mawar pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Semoga Allah Satukan Kembali Jodoh Mereka…” – Harapan Aliff Syukri Buat Fizo & Mawar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*