Selepas Lebih 10 Tahun Menternak Ayam Bersama, Isteri Kini Mampu Hadiahkan ‘Audi’ Untuk Suami

Rezeki semua manusia berada di tangan tuhan dan walaupun kehidupan seseorang itu susah sekarang, tidak bermakna dia tidak boleh mengubah nasibnya.

Begitulah juga buat sepasang usahawan ayam segar Lan dan Amyza yang memulakan perniagaan ayam mereka pada tahun 2008 dalam keadaan serba kekurangan.

Menurut satu perkongsian di Facebook oleh Amyza, dia mengatakan bahawa hidupnya bersama suami dulunya susah dan mereka juga di pandang hina kerana tidak berpendidikan.

Sebelum memulakan perniagaan mereka yang diberi nama Berkat Ilahi, pasangan itu hanya mempunyai sebuah kereta kancil.

Namun 10 tahun kemudian dia mampu menghadiahkan suaminya sebuah kereta Audi A3 bernilai sekitar RM240,170.

Lan turut berkata dalam satu perkongsian post bahawa kejayaan yang mereka perolehi hari ini adalah berkat dari Allah dan usaha keras mereka sendiri.

Tambahan lagi, pasangan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak memandang rendah pada orang yang susah dan mereka juga mengaku tidak pernah berdendam kepada sesiapa yang pernah menghina mereka.

Pasangan itu juga masih menyimpan kereta kancil lama mereka yang telah dicat baru. 

Sumber: HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Be the first to comment on "Selepas Lebih 10 Tahun Menternak Ayam Bersama, Isteri Kini Mampu Hadiahkan ‘Audi’ Untuk Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*