Tahukah Anda Setiap Bahagian Rekaan Baju Melayu Punya Maksud Tersendiri

0
253

Biarpun dibanjiri dengan rekaan baru yang telah banyak diubah suai, namun hakikatnya masih ramai yang berpegang teguh dengan rekaan baju Melayu tradisional.

Lebih segak serta menyerlahkan ciri-ciri jejaka Melayu.

Namun dalam pada kita bangga dengan baju Melayu tradisional ini, pasti ramai yang tidak tahu baju ini sebenarnya mempunyai maksud tersersendiri. Malah anda mungkin tidak percaya yang setiap bahagian pada baju mempunyai maksud tersiratnya sendiri.

Ini antara maksud di setiap rekaan baju Melayu:

#1 Lima Butang Baju Melayu Melambangkan Rukun Islam

Lima butang ini melambangkan kesemua rukun islam termasuklah mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.

#2 Tiga Saku Baju

Kebanyakkan baju Melayu mempunyai tiga saku di hadapan, Ketiga-tiga ini melambangkan akidah atau kepercayaan, Islam dan Ihsan.

#3 Sampin

Melambangkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah.

Memakai sampin dibawah lutut bermaksud anda telah berkahwin manakala di atasnya bermaksud anda masih bujang.

Jika anda sudah berkahwin tetapi masih memakai sampin di atas lutut, maka mungkin anda sedang mencari isteri kedua.

#4 Baju Melayu Butang Satu

Melambangkan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Anda boleh lihat rekaan ini dalam baju Melayu teluk belanga.

#5 Asal Usul Baju Melayu

Rekaan ini bermula daripada 700 tahun yang lalu apabila Sultan Muhammad Shah, Sultan Melaka kedua mahukan satu pakaian diraja.

Baju Melayu kemudian dikatakan banyak dipengaruhi daripada pakaian arab iaitu jubah manakala seluar pula membawa pengaruh daripada Turki.

Secara ringkasnya baju melayu banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat dan sehingga kini menjadi kebanggaan kaum Melayu di Malaysia. Jadi jika kita sendiri tidak memartabatkan baju Melayu, siapa lagi?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak via CatatanTerakhir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here