“Nak pergi jumpa girlfriend kot “- Teruja Nak Pergi Date, Pemuda Ini Minta Pendapat Ibu Mengenai Penampilannya

Setiap hari mesti akan ada je benda-benda viral dekat Twitter. Tak kisah lah video ke gambar ke yang pasti memang akan ada yang viral sehingga menambat hati netizen.

Video berdurasi 45 saat ini telah menular di Twitter mengenai seorang pemuda yang ingin meminta pendapat ibunya mengenai penampilan dia.

Video itu jelas memaparkan pemuda terbabit sedang berdiri di hadapan cermin dan menggayakan baju yang sedang di pakainya.

Okay kan? Okay lah ni..”

Sumber: Twitter

Dia turut meminta pendapat kakaknya yang sedang berada di situ. Manakala ibunya sedang berada di bilik air.

Menurut @rafiqhamustaffa adiknya itu pernah mendapat surat cinta ketika zaman persekolahan dan dia turut mengadu kepada ibunya. Hmmm anak manja ni.

Disebabkan itu ramai netizen yang terpukau dengan sifatnya yang boleh dikatakan agak manja ni. Wahh mesti anak mithali ni, semua nak rujuk dekat ibu.

Sumber: Twitter

Sebalik tu juga, netizen turut memberikan pandangan mereka mengenai cara pemakain yang sesuai untuk pergi date.

”Try not to butang sampai atas

Sumber: Twitter

”Lengan tu jangan lipat atas sangat, sebab lengan pun tak besar sangat”

Sumber: Twitter

Menurut admin dah okay dah tu, janji dia bagitau ibu dia nak pergi date. Restu ibu lagi penting.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Lobak Merah

 

Be the first to comment on "“Nak pergi jumpa girlfriend kot “- Teruja Nak Pergi Date, Pemuda Ini Minta Pendapat Ibu Mengenai Penampilannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*