Neelofa mula ‘control’ Ameera, “Apa-apa ‘job’ perlu melalui saya dulu, kena pilih mana yang sesuai” – Neelofa

0
362

APA sahaja yang dilakukan adik kepada pengacara dan pelakon Neelofa iaitu Ameera Khan sering menjadi tumpuan di Instagram.

Malah penampilannya juga turut mencuri tumpuan serta dipuji netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hey little dude, aunty baby’s finally here! #NikMuhammadIdrees

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on

Bercerita mengenai kerjaya Ameera dalam industri hiburan, Neelofa memberitahu sebarang tawaran pekerjaan yang diberikan kepada adiknya itu perlu mendapat kebenaran daripadanya terlebih dahulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

brb kl

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata ibunya, Noor Kartini Noor Mohammed memberikan kepercayaan penuh kepadanya untuk meneliti setiap tawaran yang datang mengikut kesesuaian Ameera.

Ameera Khan aktif dengan kerjaya dalam bidang peragaan beberapa jenama terkemuka tempatan.

“Apa-apa job yang ditawarkan kepada adik perlu melalui saya terlebih dahulu.

“Saya akan melihat mana yang sesuai untuk Ameera kerana mama akan tanya kepada saya sama ada untuk terima atau tak,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Raya is always about the fam bam, missing @athishakhan ! 💕 #teamrayoklate

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Dalam pada itu, pengacara program MeleTOP ini memberitahu tidak begitu menggalakkan adiknya untuk terjun ke bidang lakonan.

Sebaliknya Neelofa mahu Ameera mengasah bakat dalam bidang pengacaraan atau peragaan.

“Berlakon tak lah kot… dia (Ameera) cakap melayu pun tak fasih.

Hosting pun okay lah… tapi sekarang dia lebih kepada kempen dan modelling untuk beberapa jenama fesyen.

“Tidak mengapa, dia boleh cuba perlahan-lahan… banyak lagi masa dan masih jauh perjalanan kerana banyak perkara boleh dicapai,” ujarnya.

Neelofa tetap akan memberi panduan kepada adiknya.

Neelofa bagaimanapun berkata dia menyokong apa sahaja yang dilakukan adiknya itu malah memberi kepercayaan kepada Ameera untuk memilih perjalanan dalam industri.

“Saya sedar Ameera sebenarnya sudah lama menjadi target. Tetapi bagi saya, dia sudah cukup besar untuk berfikir apa yang baik dan apa yang tak baik.

“Saya lebih suka biarkan dia lalui pengalaman itu sendiri. Biar dia buat salah. Tapi saya akan bagi dia nasihat dan akan biarkan dia memilih sendiri jalan yang dia inginkan. Tapi saya tetap akan guide.

“Ameera lebih banyak dengar cakap saya daripada mama. Jadi apa-apa yang mama cakap, saya akan sampaikan padanya,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here