Kelihatan Kecil Dan Sempit Dari Luar, Bahagian Dalam Rumah Ini Buat Ramai Tercengang

Memang menjadi impian semua orang untuk memiliki sebuah kediaman yang luas dan selesa. Akan tetapi, bagi mereka yang tinggal di kota-kota besar, impian itu harus dilupakan memandangkan harga hartanah di sana yang tidak masuk akal tingginya.

Sebagai alternatif, ramai yang memilih untuk memiliki rumah yang lebih kecil saiz dan cuba untuk memanfaatkan sebaik mungkin ruangan yang tersedia di dalam kediaman mereka.

Seperti rumah di Vietnam ini, daripada luar, rumah ini kelihatan sempit dan tidak selesa. Namun, apabila melihat bahagian dalam rumah ini, ramai pula yang terkejut apabila ianya kelihatan begitu luas dan selesa.

Meskipun tidak lebar, namun susun atur dan layout dalaman rumah ini telah membuatkan ianya kelihatan begitu luas dan minimalist sekali.

Bahagian hadapan di luar rumah.

Ruang tamu yang luas dan selesa.

Ruangan dapur yang kemas dan lengkap.

Tangga menuju ke bahagian atas rumah.

Suasana di dalam bilik tidur yang terletak di bahagian atas rumah.

Bilik air yang selesa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : Cerkosong